Thursday, January 14, 2010

Pemilihan ahli PRS 2010

Adalah dimaklumkan bahawa PRS SMK Desa Petaling akan mengadakan pemilihan ahli baru bagi tahun 2010.

Sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkan borang permohonan secepat mungkin.

Borang hendaklah diserahkan sebelum minggu ini berakhir.

2010

Assalamulaikum..

Tahun 2009 sudah pun melabuhkan tirai.Marilah kita bersama - sama menanam
semangat dan azam yang baru untuk menempuh hari yang mendatang.Semoga perkara
yang telah berlaku akan segar di ingatan baik peristiwa yang manis mahupun peristiwa yang pahit yang boleh dijadikan pengajaran supaya kita lebih berwaspada ketika
melangkah.Warga SMK Desa Petaling,bersedia untuk menghadapi cabaran baru yang lebih
agresif dan sukar.Kita hendaklah sentiasa meningkat pretasi dan mutu sekolah agar
nama SMKDP terus terpahat di mercu dan tidak sesekali akan kecundan bahkan akan
terus melakar kejayaan yang besar.

Sahabatku,sekolah kita kini dilengkapi dengan sistem siaraya yang lengkap.Selain
itu sekolah juga telah menambah bilangan CCTV di sekitar sekolah.Pemasangan CCTV dianggap relevan dapat mengurangkan kes disiplin di sekolah kita.Warga SMKDP ditegaskan untuk menjaga persekitaran sekolah kita lebih - lebih lagi tandas sekolah
yang semakin hari semakin daif. Ini kerana sikap pelajar yang suka peralatan tandas.
Kita sebagai pelajar di zaman ICT perlulah berfikiran seperti minda kelas pertama.
Vandalisme adalah satu perbuatan yang merugikan.

Akhir sekali,sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar - pelajar PMR yang mendapat
keputusan yang cemerlang dalam PMR baru - baru ini. Anda semua telah mengharum nama sekolah. Akhir kata,semoga SMK Desa Petaling akan terus melakar kecemerlangan di
persada pendidikan negara seterus ke mata dunia.