Monday, October 12, 2009

HI EVERYONE,

Our school's end year exam is coming. All students are busy to study......well......not much to say at here....just wishing everyone good luck and all the best......

In this few days, my school's PRS's room were full of PRS members...why???..... hehehe...because they want to study and can't find other place that better than our PRS room......In our school there were a lot of useful references book...the juniors are very happy to study in the room because everyday there will be senior doing revision with them......so, they will have someone to discuss or ask when they are not understand or confuses with what have teachers taught before......watever.........

Anyway, I represent all the PRS members from SMK DESA PETALING wish you the best and happy forever and.......... good luck for your exam...........^^

Wednesday, September 16, 2009

16 September,Hari Malaysia


Assalamualaikum,

Hari ini adalah hari yang amat bersejarah bagi negara kita.
Hari ini atas usaha Perdana Menteri Malaysia yang pertama,Tuanku Abdul Rahman untuk menggabung tanah melayu dengan Borneo dan Singapura. Hari ini adalah hari terbentuknya Malaysia dan hari ini juga merupakan Hari Malaysia dimana di timur malaysia adalah hari cuti umum.

Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.

Pemimpin - pemimpin terdahulu telah menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan untuk merealisasikan impian murni ini. Antara rintangan yang dilalui ialah konfrontasi yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia dan kerajaan Filipina mendakwa bahawa Sabah adalah miliknya. Walau bagaimanapun, atas usaha gigih pemimpin - pemimpin dan berkat doa rakyat Malaysia, konfrontasi berjaya ditamatkan apabila apabila Suharto menggantikan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok. Pada tahun itu juga kerajaan Filipina mengiktirafkan Persekutuan Malaysia dan kini Malaysia berdiri megah dengan kejayaan - kejayaannya yang telah dikecapi.

Wednesday, September 9, 2009

CCTV,Langkah Terbaik Mencegah Masalah Disiplin

Atas inisiatif pihak pentadbiran SMK Desa Petaling.
Sekolah kini telah dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).
Sebanyak 10 CCTV telah dipasang untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin.
Selain itu juga,CCTV adalah langkah terbaik untuk mengurangkan masalah disiplin dan mencegahnya daripada terus berlaku.Walaupun begitu,pelajar - pelajar SMKDP haruslah sentiasa berdisiplin dan tidak melanggar peraturan sekolah yang ditetapkan.
Akhir sekali,janganlah kita berbuat baik hanya di depan kamera dan di belakang sebaliknya.Ingatlah,Allah sentiasa memerhatikan kita.

Assalamualaikum..

Tuesday, September 8, 2009

Hormat Menghormati Amalan Mulia

Si pelajar menghormati si guru,
si muda menghormati si tua,
Sikap sebegini seharusnya tidak hilang dalam diri setiap pelajar di SMK Desa Petaling dan patut diamalkan di setiap pergerakan kita.Sesungguhnya,sekolah yang mengekalkan nilai - nilai murni adalah sekolah yang cemerlang.Apabila kita bersatu,pelbagai perkara akan dapat kita capai. Saling hormat menghormati sesama kaum juga amat penting dalam masyarakat malaysia yang berbilang bangsa. Janganlah kita selalu membangkit kemarahan dan isu - isu sensitif yang boleh menjurus kepada pergaduhan. Lupakah kita kepada pemimpin kita yang dulu. Mereka bersatu padu untuk mencapai kemerdekaan.Persoalan penulis,begitu susahkah kita untuk bersatu di zaman yang serba moden ini?

Saya menyeru supaya pelajar - pelajar SMKDP agar bersatu supaya kita dapat mencapai misi kita kerana apabila kita bersatu, kita berada di dalam satu kelompok yang kuat dan jitu. Sukar untuk dipatahkan mahupun ditumbangkan. Tidak sukar untuk mengamalkan sikap - sikap yang murni dan percayalah tidak ada satu kerugian pun jika kita mengamalkannya. Saling hormat menghormati amalan mulia. Marilah kita tanamkan didalam diri kita.

Assalamualaikum..

Majlis Berbuka Puasa,Bacaan Yassin dan Solat Hajat

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...

Pada 10 September 2009,SMK Desa Petaling akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yassin dan Solat Hajat sempena memberkati pelajar - pelajar tingkatan 3 untuk menduduki peperiksaan PMR yang akan tiba.

Semua pelajar - pelajar SMKDP yang beragama islam dijemput hadir.

Monday, September 7, 2009

PRS Smk Desa Petaling 2009

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Tidak terlambat rasanya untuk PRS SMKDP mempunyai Blog-nya sendiri.Memandangkan sekolah - sekolah lain jugak mengambil langkah yang sama.PRS SMKDP juga mahu berdiri sama tinggi dengan sekolah - sekolah yang lain.Tiada apa yang mustahil.Siapa tahu sekolah yang kurang dikenali dan selalu disalah sebut oleh mereka apabila diberitahu nama sekolah sendiri.
SMK Petaling, SMK Sri Petaling.Saya sudah lali dengan sindiran yang tidak disengajakan ini.
Sudah tiba masanya semua orang mengenali kita.Sudah tiba masa untuk kita berubah dan menunjukkan indentiti sebenar dan PRS SMKDP ingin mengetuai perubahan itu.Jadi,mempunyai blog sendiri adalah langkah terbaik untuk dijadikan satu anjakan paradigma untuk organinasi yang berusia lima tahun ini.Akhir kata, assalamualaikum dan selamat berpuasa.

HIDUP PRS....