Tuesday, September 8, 2009

Hormat Menghormati Amalan Mulia

Si pelajar menghormati si guru,
si muda menghormati si tua,
Sikap sebegini seharusnya tidak hilang dalam diri setiap pelajar di SMK Desa Petaling dan patut diamalkan di setiap pergerakan kita.Sesungguhnya,sekolah yang mengekalkan nilai - nilai murni adalah sekolah yang cemerlang.Apabila kita bersatu,pelbagai perkara akan dapat kita capai. Saling hormat menghormati sesama kaum juga amat penting dalam masyarakat malaysia yang berbilang bangsa. Janganlah kita selalu membangkit kemarahan dan isu - isu sensitif yang boleh menjurus kepada pergaduhan. Lupakah kita kepada pemimpin kita yang dulu. Mereka bersatu padu untuk mencapai kemerdekaan.Persoalan penulis,begitu susahkah kita untuk bersatu di zaman yang serba moden ini?

Saya menyeru supaya pelajar - pelajar SMKDP agar bersatu supaya kita dapat mencapai misi kita kerana apabila kita bersatu, kita berada di dalam satu kelompok yang kuat dan jitu. Sukar untuk dipatahkan mahupun ditumbangkan. Tidak sukar untuk mengamalkan sikap - sikap yang murni dan percayalah tidak ada satu kerugian pun jika kita mengamalkannya. Saling hormat menghormati amalan mulia. Marilah kita tanamkan didalam diri kita.

Assalamualaikum..

0 comments: